Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

Disember 2021

 Masya Allah, bulan akhir 2021, cepat sungguh masa berlalu. Hampir empat semester secara atas talian, bekerja daripada rumah, kadang-kadang menjengah ke pejabat di USIM. Ya Allah, syukur di atas segala nikmat ini. Meskipun di dalam musim pandemik yang melanda, dengan tiada tanda virus Covid ini akan hilang daripada muka bumi ini. Kepada Mu, kami berserah. Pandemik ini suatu ingatan buat diri ku yang alpa. Semoga ianya mendekatkan diri kepada Mu ya Allah. Diuji dengan pelbagai perkara yang menyentap jiwa di tempat kerja, kadang kala, sampai TAK ADA HATI pun ya untuk bekerja di situ. Jalan terus, kerja sepenuh jiwa, mendidik anak bangsa. Untuk yang TOKSID, Allah ada. Selagi boleh elak, elak lah rasanya. Apa yang penting, nyaman dan tenang hati ini. Berkatilah usahaku yang tak seberapa ini, ya Rabb.