Skip to main content

November - Disember 2013/ 1435 H

Semalam merupakan awal muharam 1435 H, begitu cepat masa berlalu ku rasakan. Masih banyak amal ibadahku yang perlu diperbaiki, serta sisa masa yang tinggal ini. Bulan ini merupakan masa yang dinantikan oleh ahli tempat ku bekerja. Ya, pengiktirafan duniawi yang dinanti-nantikan, mudah-mudahan ianya memberi barakah dan ketenangan dalam kehidupan. Sengaja aku paparkan gambar sewaktu perjalanan ku di bumi asing, ke sebuah daerah bernama York, di Great Britain tanggal March lalu. Betapa kadang-kala aku merindui suasana sejuk yang mencengkam jiwa itu, ianya mengingatkan aku tentang masa. Ia biarkan ia berlalu. Semoga pengalaman yang tidak seberapa di bumi asing itu dapat ku kongsikan dengan anak cucu ku suatu hari nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Five years back..

looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!