Skip to main content

Ramadan-Syawal 1435 H

Sedar tak sedar, hampir dua bulan tidak menulis di blog ini. Ada keutamaan lain yang perlu diberi keutamaan daripada menulis di sini. Akses kepada internet, kerajinan dan komitmen dengan si kecil membuatkan diri ini asyik menunda untuk menulis di sini. Ya masuk hari ke 9 Syawal, betapa cepat sungguh masa berlalu, ramadan kali ini sangat hiba dan sedih, melihat saudara seagama di bumi Palestine diperlakukan sebegitu oleh Yahudi laknatullah di Gaza. Doa dan terus berdoa serta boikot mana yang mampu. Insya Allah, sikit-sikit boikot, lama-lama jadi bukit. Kena kaji juga benarkah syarikat tersebut menyumbang atau tidak, tapi kalau dah terang lagi bersuluh, maka wajib ditinggalkan jenama tu. (Not a big fan to Starbucks, nescafe, Loreal). Selain harganya agak mahal, produk tempatan Malaysia pun ada sebagai alternatif. MCDonald, pernah ditinggalkan dan istiqamah dengan anak2. Maka perlu ditinggalkan terus sahaja selagi hayat dikandung badan. Moga usaha2 kecil kita ini diberkati dan dirahmati oleh Nya. Bantulah Palestine!

Comments

Popular posts from this blog

Five years back..

looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!