Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Jumaat Ramadan 2016

Hari Jumaat ini merupakan hari Jumaat terakhir untuk bulan berkat dan penuh kerahmatan ini, bulan ramadan. Jumaat sebegini jugalah arwah suami pergi untuk selamanya. Terkenangkan kebaikannya. Melayan lagu "kurung biru" tanda kasih dan ingatan buat arwah. Betapa selalu mengingati diri ini, untuk mensyukuri apa yang ada. Dengan sisa usia yang ada, moga amal ibadahku bertambah.

5 hari baki Ramadan.

Allah, cepat sungguh ku rasa kan masa berlalu, rasa macam baru dengar iklan nak puasa, alih2 ada pulak iklan nak berhari raya aidil fitri. Persiapan kali ini, boleh dikatakan tak masuk dalam perancangan. Apa yang ada, sarung jelah nanti. Syahdu tanpa arwah suami di sisi. Apatah lagi arwah memang rajin, bab-bab persediaan raya. Terasa kosong dan kehilangan yang amat atas permergianmu yang mengejut. Allah lebih menyayangimu. Tenanglah dirimu di sana. Apa yang pasti, ziarah kubur pada 1 Syawal nanti. Al fatihah ku titipkan buat mu setiap detik.

The last 10 days of Ramadan

Lailatul Qadar, that is our aim for the last 10 days of Ramadan. Masya Allah, how fast time flies. I desperately need more ibadah to be done. I am so slow in adding sunnah ibadah. Alhamdulillah, my third son is doing well, despite this Ramadan, is the first attempt to sawm. I believe if my late husband is around, he must be proud of him, Fakhri Irsyadi. He has been so comforting and supporting me all this while. Although sometimes, he might be not in the good mood. That is Fakhri Irsyadi. My doa for him and his brothers: Faris and Fathullah.

Ramadan ke 16

Allah, melalui ramadan dengan penuh kesyukuran. namun sayu hati mengenangkan arwah suami yang telah pergi. Tanpanya di sisi, terasa kosong dunia ini dirasakan. Namun dipujuk-pujuk hati, mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan sementara ini. Anakku yang berumur tujuh tahun siap berpesan. sabar Mama, di akhirat, kita jumpa Baba nanti. Ya, sabarlah hati. Ajal maut Allah yang menentukan. Doaku agar diberi kekuatan meneruskan hari-hari mendatang bersama empat cahaya mata- tanda cinta aku dan arwah suami. Moga mereka, menjadi bekalan kami di akhirat nanti. Al Fatihah, Abang Mohamad Zahar bin Sulaiman.

Ramadan nan syahdu

Hampir sepuluh hari ramadan berlalu, alhamdulillah, ku lalui dengan penuh kesyukuran, diberikan peluang dan rezeki menikmati bulan ramadan yang mulia ini bersama-sama anak-anak serta mama baba dan adik-adik tercinta. Ini merupakan ramadan pertama untuk anakku yang berumur 7 tahun, yang pertama, maksudnya pertama kali menjalani ibadah secara penuh, genap sehari puasa tanpa culas. Alhamdulillah, ku nampak dia gigih dan berasa teruja menjalani ibadah puasa. Apabila melihat ku bersedih, siap berpesan, mama tu jangan nak menangis sahaja. Allah, tersentak aku dari lamunan, teringatkan arwah suami. Yang si kecil Farha pula, apabila ku kata Babanya tiada setiap kali beliau bertanya, dia siap jawab, Farha kan ada, Mama? Allah, anak-anakku, semoga kalian mengerti, bahawa, ajal, rezeki dan jodoh, Allah jua yang menentukan Nya. Sudah tiba masanya, ku teruskan tadarrus hari ini. Ramadan, hadir mu memberikan ketenangan abadi buat ku. Insya Allah. Semoga arwah suami, Mohamad Zahar, tenang di sana dan...

Ramadan Kareem 2016

Ahlan Wa Sahlan Ramadan 2016, alhamdulillah, dipanjangkan usia menempuh bulan yang mulia lagi barakah ini. Ramadan pertama tanpa arwah suami, yang telah menemui pencipta Nya Mac 2016. Betapa hebatnya rindu dirasakan kepada arwah suami, yang telah pergi selama-lamanya. Walaupun apa yang terjadi, redha dan pasrah dengan ketentuannya. Jikalau bermain dengan perkataan "kalau", macam-macam perasaan yang timbul. Mungkin ada rahmat disebalik yang berlaku. Doaku agar diberikan ketabahan untuk terus mendidik anak-anak yang ditinggalkan. Hati mana yang tak saya, apabila si kecil, yang baru nak menganjak 4 tahun, meratib Babanya selalu. Where are you Baba? Doakan kesejahteraannya di sana. Moga dipertemukan kami sekeluarga, satu hari nanti, di Jannatul Firdausi.