Hampir sepuluh hari ramadan berlalu, alhamdulillah, ku lalui dengan penuh kesyukuran, diberikan peluang dan rezeki menikmati bulan ramadan yang mulia ini bersama-sama anak-anak serta mama baba dan adik-adik tercinta. Ini merupakan ramadan pertama untuk anakku yang berumur 7 tahun, yang pertama, maksudnya pertama kali menjalani ibadah secara penuh, genap sehari puasa tanpa culas. Alhamdulillah, ku nampak dia gigih dan berasa teruja menjalani ibadah puasa. Apabila melihat ku bersedih, siap berpesan, mama tu jangan nak menangis sahaja. Allah, tersentak aku dari lamunan, teringatkan arwah suami. Yang si kecil Farha pula, apabila ku kata Babanya tiada setiap kali beliau bertanya, dia siap jawab, Farha kan ada, Mama? Allah, anak-anakku, semoga kalian mengerti, bahawa, ajal, rezeki dan jodoh, Allah jua yang menentukan Nya. Sudah tiba masanya, ku teruskan tadarrus hari ini. Ramadan, hadir mu memberikan ketenangan abadi buat ku. Insya Allah. Semoga arwah suami, Mohamad Zahar, tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang soleh dan beriman.
looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

Comments
Post a Comment