Skip to main content

Julai-Ogos 2019

alhamdulillah, syukur ke atas nikmatnya, usai menanda kertas peperiksaan akhir, diberikan amanah untuk menderaf rangka kursus Hospitality law, ethics and governance, aduhai, lama sungguh meninggalkan pengajaran berkenaan halal, kalau tak silap, 2012. selepas itu, diberikan peluang untuk membantu rakan sefakulti yang sedang bercuti belajar untuk menyelesaikan deraf buku halal dan undang-undang. dengan ilmu yang tidak seberapa, mudah2 an ianya memberi manfaat kepada pihak yang berkenaan dalam penambahbaikan undang-undang berkenaan pengurusan halal di Malaysia.Bengkel Semakan Kurikulum Fiqh dan Fatwa di Hotel Dorsett, Putrajaya selama tiga hari dua malam pada pertengahan Julai 2019 mengimbas semula zaman kesibukan suatu masa dahulu dengan program dan sebagainya. seterusnya diberi peluang mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selama sehari merupakan suatu pengalaman yang berharga selaku seorang tenaga pengajar. Bersyukur dan berterima kasih kepada kakak saudara yang sudi menemani dan menjenguk anak2 ketika mengajar di UMT pun merupakan suatu nikmat bagi seorang mama yang bekerja. Kesempatan juga diambil bagi menziarahi jiran lama suatu ketika semasa mengaji di United Kingdom, iaitu Dr. Roslina, sedar tak sedar, hampir 10 tahun tak bersua muka. masya Allah, sudah bujang anak masing2. Amanah yang diberikan secara tiba-tiba, bertambah lagi apabila buku hasil sabbatical dipulang semula untuk editting oleh Penerbit Universiti. Moga Ogos ini dapat diselesaikan kerja-kerja yang mendatang ini sebelum semester baru bermula, Semester September 2019/2020. Permudahkanlah ya Allah dalam urusan mendidik anak bangsa demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Begitu juga doa yang tak pernah putus buat anak2 sendiri yang kadang kala agak culas dan alpa dalam menuntut ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Five years back..

looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!