Masya Allah, agak lama tidak singgah blog ini. Kini, Malaysia sedang menghadapi gelombang ketiga covid-19, dan yang paling tidak aku jangkakan, sejak bau bangkai di pejabat aku, November 2019, Allah telah tunjukkan macam-macam di sebalik bau bangkai itu. Firasat aku semasa itu, Ya Allah, sesungguhnya ada benda buruk atau busuk sedang berlaku di pejabat ini. Allahurabbi. Tak perlu diceritakan di sini. Cuma ianya sepertimana yang hadir dalam mimpiku. Andainya berlaku, aku seharusnya bertenang. semuanya keduniaan, berebutkan kuasa, kedudukan, panggilan Professor Madya hingga mengenepikan silaturahim. Ya Rabbi, aku berserah kepada Mu, andainya benarlah mereka telah menganiaya aku, Allah sahaja tempatku mengadu. Kini hampir November, 2020. Syukur di atas ujian hebat ini. Tiada apa yang lebih aku dampakan, hanyalah redha Mu, ya rabb.
Allah, dengarlah rintihan kami yang hidup pada akhir zaman ini, dunia penuh pancaroba. Agama disisihkan, perkara duniawi didewa dewakan. Akhirlah hayat kami dengan syahadah Mu ya Allah.
Comments
Post a Comment