Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Nisfu syaaban

 Masya Allah, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dipanjangkan usia meltapangkah ke bulan Syaaban, mudah-mudahan sampailah ke bulan Ramadan Menerima buku amalan baru, mudah-mudahan diterima amalan buku lama. Semoga ada kesempatan untuk terus memperbaiki diri. Hampir lima tahun tanpa 'my other half" dan selama itu macam-macam Allah telah tunjukkan belang dan 'true colours' rakan-rakan di pejabatku. Allah Maha Mengetahui. Semoga dengan kurniaan ilmu yang sedikit di dada masing-masing, akhlak dan adab seharusnya dijunjung di antara kita. Begitulah adat manusia, ketika diuji dengan sedikit kekuasaan dan kepandaianya, maka bermaharajalelalah keangkuhan. Tidak pernah terlintas di hati ini, mereka akan berubah 360 dek kerana pangkat dan kuasa. Mungkin sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku, ku doakan yang baik-baik. Seandainya ada di antara kalian yang menganiaya, serahkan segala-galanya kepada Allah, kerana Allah lebih mengetahui. T...