Skip to main content

August 2021

 Malaysia bersedih begitulah tajuk artikel di dalam berita. Dengan varian baru Delta yang sedang mengganas, yang meragut nyawa sehigga kematian disebabkan Covid-19 ini mencecah tiga angka kebelakangan ini. 1 Ogos 2021 menyaksikan pemberian vaksinasi oleh kerajaan dan dilaporkan di antara yang terkehadapan di dalam vaksinasi. Meskipun pelbagai reaksi yang diberikan akan keberkesanan vaksinasi di kalangan rakyat, kempen terus menerus kerajaan di dalam mempromosikan vaksinasi perlu dipuji. Negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan di antara negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan yang tinggi akan Covd-19. Pada pandangan mata kasar aku, kerajaan Selangor terlebih politik daripada menangani isu sebenar. Selangor satu-satunya negeri yang melanacarkan applikasi seperti MySejahtera.Bukan sahaja itu, sikap menyalahkan orang lain di dalam pentadbiran kerajaan Selangor amat dikesali. Apakah tidak boleh dibawa berbincang? Sikap angkuh yang kelihatan di dalam kepimpinan kerajaan Selangor akhirnya menyusahkan rakya Selangor. Andai diberi kuasa, jalankan lah sebaik mungkin amanah yang diberikan. Semoga Selangor mendapat pemimpin yang beriman dan berwawasan tinggi suatu hari ini. Buat sementara waktu, fokuskan melandai bilangan mereka yang terkena covid. Mungkin Oktober nanti ada sinar, mudah-mudahan. 

Comments

Popular posts from this blog

Five years back..

looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!