Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia

 Pengajian undang-undang di Malaysia merupakan di antara pengajian yang sudah lama ditawarkan di institusi pengajian tinggi dan ianya bermula di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya. Alhamdulillah, direzekikan untuk mengkaji semula halatuju dan impak Pengajian Undang-undang di Malaysia. Isu moratorium yang dibangkitkan bukanlah mudah untuk diputuskan oleh kementerian. Pelbagai aspek perlu dilihat, apatah lagi di dalam mengharungi endemik, ketidak stabilan ekonomi, mahupun politik selepas mengharungi hampir dua tahun pandemik Covid-19 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Permintaan terhadap kemasukan ke program Undang-undang merupakan di antara program yang sering mendapat tempat di kalangan pelajar. Sudah pasti, apabila mengambil Pengajian Undang-undang, impian untuk bergelar peguambela dan peguamcara mahupun hakim di mahkamah semakin hampir dicapai oleh seseorang pelajar. Meskipun pelbagai isu timbul akan Pengajian Undang-undang di Malaysia, perlu diingat bahawa Mala...

RAMADAN KAREEM DAN SYAWAL 1443 h'

Syukur alhamdulillah di atas nikmat Nya, bertemu Ramadan serta Syawal 1443 H. Terasa-rasa nak menunaikan solat terawikh terakhir, tup tup, syawal diisytiharkan jatuh pada 2 Mei, 2022. Ingatkan 3 Mei, 2022. Syukur alhamdulillah, persiapan memang dah ada. Maklumlah, betukar ke endemik, masih juga berhati-hati. Malam raya terasa syahdu mendengar pemergian rakan sekolah menengah, al Fatihah

Januari 2022

 Masya Allah, dah masuk tahun baru 2022. Maka genaplah setahun berlalu. Sabar jelah. Perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Ada yang masih seperti dulu, semakin berisi semakin tunduk. Namun tunduk merendah diri bukan untuk diperkuda-kudakan oleh mereka yang berkuasa dan memegang amanah. Ya Allah, andaikata mereka bersifat zalim terhadapaku, maka kepada Mu ku berserah. Setiap yang berlaku pasti dengan izin Mu.  11 Januari 2022. Countdown to Ramadan 1443 H