Pengajian undang-undang di Malaysia merupakan di antara pengajian yang sudah lama ditawarkan di institusi pengajian tinggi dan ianya bermula di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya. Alhamdulillah, direzekikan untuk mengkaji semula halatuju dan impak Pengajian Undang-undang di Malaysia. Isu moratorium yang dibangkitkan bukanlah mudah untuk diputuskan oleh kementerian. Pelbagai aspek perlu dilihat, apatah lagi di dalam mengharungi endemik, ketidak stabilan ekonomi, mahupun politik selepas mengharungi hampir dua tahun pandemik Covid-19 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Permintaan terhadap kemasukan ke program Undang-undang merupakan di antara program yang sering mendapat tempat di kalangan pelajar. Sudah pasti, apabila mengambil Pengajian Undang-undang, impian untuk bergelar peguambela dan peguamcara mahupun hakim di mahkamah semakin hampir dicapai oleh seseorang pelajar. Meskipun pelbagai isu timbul akan Pengajian Undang-undang di Malaysia, perlu diingat bahawa Malaysia merupakan negara yang menjunjung amalan dan praktis undang-undang tempatan. Apa jua perundangan daripada luar negara yang bertentangan dengan kepercayaan agama, khususnya Agama Islam, pastinya menimbulkan keresahan di hati rakyat Malaysia yang beragama Islam. Kajian yang sedang berjalan ini sedikit sebanyak melihat semula akan isu kualiti pendidikan Pengajian Undang-undang di Malaysia.
looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.
Comments
Post a Comment