Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!
Pengajian undang-undang di Malaysia merupakan di antara pengajian yang sudah lama ditawarkan di institusi pengajian tinggi dan ianya bermula di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya. Alhamdulillah, direzekikan untuk mengkaji semula halatuju dan impak Pengajian Undang-undang di Malaysia. Isu moratorium yang dibangkitkan bukanlah mudah untuk diputuskan oleh kementerian. Pelbagai aspek perlu dilihat, apatah lagi di dalam mengharungi endemik, ketidak stabilan ekonomi, mahupun politik selepas mengharungi hampir dua tahun pandemik Covid-19 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Permintaan terhadap kemasukan ke program Undang-undang merupakan di antara program yang sering mendapat tempat di kalangan pelajar. Sudah pasti, apabila mengambil Pengajian Undang-undang, impian untuk bergelar peguambela dan peguamcara mahupun hakim di mahkamah semakin hampir dicapai oleh seseorang pelajar. Meskipun pelbagai isu timbul akan Pengajian Undang-undang di Malaysia, perlu diingat bahawa Mala...