Masya Allah, Tabarakallah, subhanallah, kini terjawab segala debaran tak sedap hati sejak Februari 2020 tempoh hari, apabila virus Covid 19 mengganas dan Malaysia mengalami gelombang kedua. Allah2. Ketika gelombang pertama pun hati ini tidak keruan, terbayang2 pengalaman lalu, apabila anak terkena wabak H1N1 yang melanda Malaysia pada 2009. Masya Allah, dengan izin Nya, anak itu sembuh selepas hampir enam hari di Hospital Ampang ditemani Babanya. Ketika itu, adiknya masih kecil dan menyusu badan, maka harus dikuarantin daripada orang lain. Bukan mudah cabaran yang dilalui masa itu, syukur alhamdulillah, dengan sokongan kuat ahli keluarga, keadaan kembali normal. Ditangguhkan juga kehadiran graduasi PhD di United Kingdom pada 2009 kerana diri ini mengalami kelahiran anak secara pembedahan, merupakan pengalaman pertama untuk diri ini, siapalah sangka anak ketiga akan keluar mengikut tingkap. Dengan kepimpinan yang baru di bawah Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan, aku...
This blog shares some of my personal thoughts, views and perspectives in life, it is simply an update of what we have gone through in life with our three boys and little girl..