Skip to main content

Restricted Movement Order

Masya Allah, Tabarakallah, subhanallah, kini terjawab segala debaran tak sedap hati sejak Februari 2020 tempoh hari, apabila virus Covid 19 mengganas dan Malaysia mengalami gelombang kedua. Allah2. Ketika gelombang pertama pun hati ini tidak keruan, terbayang2 pengalaman lalu, apabila anak terkena wabak H1N1 yang melanda Malaysia pada 2009. Masya Allah, dengan izin Nya, anak itu sembuh selepas hampir enam hari di Hospital Ampang ditemani Babanya. Ketika itu, adiknya masih kecil dan menyusu badan, maka harus dikuarantin daripada orang lain. Bukan mudah cabaran yang dilalui masa itu, syukur alhamdulillah, dengan sokongan kuat ahli keluarga, keadaan kembali normal. Ditangguhkan juga kehadiran graduasi PhD di United Kingdom pada 2009 kerana diri ini mengalami kelahiran anak secara pembedahan, merupakan pengalaman pertama untuk diri ini, siapalah sangka anak ketiga akan keluar mengikut tingkap. Dengan kepimpinan yang baru di bawah Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan, aku berdoa agar persoalan siapa yang menjadi Perdana Menteri kelapan terjawab, apatah lagi dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong yang memainkan peranannya seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara, politik-politik juga, namun nasib dan masa depan rakyat marhaen janganlah digadai begitu saja dek perebutan kuasa. Kalau cakap lebih2, ada sahaja yang dikecam oleh pihak2 tertentu. Namun, apa yang penting jalan terus, insya Allah, moga Allah membimbing kita semua. Gelombang kedua Covid 19 ini menyaksikan beberapa negara seperti Iran, Itali mengalami bilangan kematian rakyatnya yang agak tinggi. Malaysia juga menyaksikan 15 orang kematian gara-gara virus ini. Allah, ampunilah kealpaan kami ya Allah, melihat Baitullah yang dikosongkan bagi membersih masjidil haram daripada virus ini dan sedutan solat jemaah di masjid nabawi di Madinah oleh beberapa orang yang bertugas di sana terasa gerun di hati, ya Allah, sempatkah aku ke sana untuk menunaikan haji yang entah bila gilirannya? Ampunilah kami ya Allah. Moga cepat berakhir wabak ini, 35 hari menjelang ramadan al mubarak. Berkatilah kami ya Allah. Sampaikanlah kami ke bulan suci mu, ramadan kareem, Allahuakram.

Comments

Popular posts from this blog

The kids miss the football! Stay at home for your own safety!

December comes again. Alhamdulillah, despite the tight schedule, I managed to escape for short vacation. Looking forward for another short vacation. A short stay in a hotel is suffice for my little girl. She admires her stay in a comfortable hotel, especially with large swimming pool. Oh I am indulged with short break! May it boosts energy and spirit in the next journey.