Skip to main content

Kekuasaan bukannya kemuliaan tapi tanggungjawab

Allahurabbi, ketika Malaysia negara tanah air tercinta dilanda dengan krisis politik, kepimpinan Perdana Menteri menjadi tanda tanya sehingga menyaksikan campur tangan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara, disangka hanya krisis politik sahaja yang berlaku, rupanya, krisis orang berilmu pun terjadi. Menyaksikan krisis kepimpinan orang berilmu yang mempunyai kelulusan PhD, sungguh menginsafi diri ini, betapa manusia bisa berubah apabila diberi kuasa dan gelaran. Moga dijauhkan sifat-sifat mazmumah ini. Kepada Mu, ya Rabb aku berdoa, ketika jahil macam ujian-ujian, orang berilmu, lagi besar ujian. Soalnya hati dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan. Sungguh kecewa melihat apa yang berlaku, namun demi menjaga silaturahim, ku diam dan pendamkan sahaja sebuah duka. Ketika dunia dilanda wabak Corona 19 ini, perbanyakkanlah doa, zikir dan tasbih kepada Nya, apatah lagi kini berada di bulan Rejab yang mulia. Mac 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Five years back..

looking back for the past five years, it has been a fulfilling years. Blessed with two kids, a boy and a girl, alhamdulillah. After all, it has been an enjoyable process with the kids. Not to say, there has been also ups and downs of being a mama. It can tests your limits sometimes and often I feel I really need to improve for their future.

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!