Skip to main content

Posts

January 2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya, dengan izin Mu jua, dipanggil untuk pembentangan akhir Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia. Bersama-sama wakil Dekan Undang-undang, Professor Madya Dr Hartini Saripan, Dekan FUU, UiTM, penyelidik bersama, Dr Noor Dzuhaidah serta wakil Dr. H, Dr Ambikai Taylor dan data analisis, Cik Umi, kami sama-sama membentangkan pandangan dan dapatan hasil penyelidikan. Perbincangan santai-santai saja sahaja pada awalnya, ini kerana Dato Ketua Pengarah hanya mempunyai masa 30 minit saja sebelum bertemua Y. B Menteri. Syukur alhamdulillah, pelbagai isu didengar. Wakil-wakil penilai seperti MQA, Talent Corp, Majlis Peguam dan Pengarah LPQB banyak memberikan input dan pandangan. Semoga ianya menjadi titik tolak kepada perubahan ke arah Pengajian Undang-undang yang lebih telus dan sistematik. Doakan!

Kajian Halatuju Pengajian Undang-undang di Malaysia

 Pengajian undang-undang di Malaysia merupakan di antara pengajian yang sudah lama ditawarkan di institusi pengajian tinggi dan ianya bermula di universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya. Alhamdulillah, direzekikan untuk mengkaji semula halatuju dan impak Pengajian Undang-undang di Malaysia. Isu moratorium yang dibangkitkan bukanlah mudah untuk diputuskan oleh kementerian. Pelbagai aspek perlu dilihat, apatah lagi di dalam mengharungi endemik, ketidak stabilan ekonomi, mahupun politik selepas mengharungi hampir dua tahun pandemik Covid-19 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Permintaan terhadap kemasukan ke program Undang-undang merupakan di antara program yang sering mendapat tempat di kalangan pelajar. Sudah pasti, apabila mengambil Pengajian Undang-undang, impian untuk bergelar peguambela dan peguamcara mahupun hakim di mahkamah semakin hampir dicapai oleh seseorang pelajar. Meskipun pelbagai isu timbul akan Pengajian Undang-undang di Malaysia, perlu diingat bahawa Mala...

RAMADAN KAREEM DAN SYAWAL 1443 h'

Syukur alhamdulillah di atas nikmat Nya, bertemu Ramadan serta Syawal 1443 H. Terasa-rasa nak menunaikan solat terawikh terakhir, tup tup, syawal diisytiharkan jatuh pada 2 Mei, 2022. Ingatkan 3 Mei, 2022. Syukur alhamdulillah, persiapan memang dah ada. Maklumlah, betukar ke endemik, masih juga berhati-hati. Malam raya terasa syahdu mendengar pemergian rakan sekolah menengah, al Fatihah

Januari 2022

 Masya Allah, dah masuk tahun baru 2022. Maka genaplah setahun berlalu. Sabar jelah. Perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Ada yang masih seperti dulu, semakin berisi semakin tunduk. Namun tunduk merendah diri bukan untuk diperkuda-kudakan oleh mereka yang berkuasa dan memegang amanah. Ya Allah, andaikata mereka bersifat zalim terhadapaku, maka kepada Mu ku berserah. Setiap yang berlaku pasti dengan izin Mu.  11 Januari 2022. Countdown to Ramadan 1443 H

Disember 2021

 Masya Allah, bulan akhir 2021, cepat sungguh masa berlalu. Hampir empat semester secara atas talian, bekerja daripada rumah, kadang-kadang menjengah ke pejabat di USIM. Ya Allah, syukur di atas segala nikmat ini. Meskipun di dalam musim pandemik yang melanda, dengan tiada tanda virus Covid ini akan hilang daripada muka bumi ini. Kepada Mu, kami berserah. Pandemik ini suatu ingatan buat diri ku yang alpa. Semoga ianya mendekatkan diri kepada Mu ya Allah. Diuji dengan pelbagai perkara yang menyentap jiwa di tempat kerja, kadang kala, sampai TAK ADA HATI pun ya untuk bekerja di situ. Jalan terus, kerja sepenuh jiwa, mendidik anak bangsa. Untuk yang TOKSID, Allah ada. Selagi boleh elak, elak lah rasanya. Apa yang penting, nyaman dan tenang hati ini. Berkatilah usahaku yang tak seberapa ini, ya Rabb. 

August 2021

 Malaysia bersedih begitulah tajuk artikel di dalam berita. Dengan varian baru Delta yang sedang mengganas, yang meragut nyawa sehigga kematian disebabkan Covid-19 ini mencecah tiga angka kebelakangan ini. 1 Ogos 2021 menyaksikan pemberian vaksinasi oleh kerajaan dan dilaporkan di antara yang terkehadapan di dalam vaksinasi. Meskipun pelbagai reaksi yang diberikan akan keberkesanan vaksinasi di kalangan rakyat, kempen terus menerus kerajaan di dalam mempromosikan vaksinasi perlu dipuji. Negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan di antara negeri yang mencatatkan jumlah jangkitan yang tinggi akan Covd-19. Pada pandangan mata kasar aku, kerajaan Selangor terlebih politik daripada menangani isu sebenar. Selangor satu-satunya negeri yang melanacarkan applikasi seperti MySejahtera.Bukan sahaja itu, sikap menyalahkan orang lain di dalam pentadbiran kerajaan Selangor amat dikesali. Apakah tidak boleh dibawa berbincang? Sikap angkuh yang kelihatan di dalam kepimpinan kerajaan Selangor akhirny...

30 Syawal 1442/10 June 2021

 Today marks the last day of Syawal, 1442 H. Alhamdulillah, the boys completed their six days of fasting. As for me, I need to improve the quality of my fasting. It is June, syukur, alhamdulillah, how time flies. Last Friday, marked a history for me, personally, the strive to get the degree for Law and Syariah, to quality as an advocate and solicitor. Insya Allah, I am thinking to compile the journey. It taught me of teamwork and communication. Just wait and see, hopefully, I can publish it soon. 

20 Ramadan 1442 H

 lama sungguh tidak menziarahi laman blogspot ini. Tup2 perkongsian 20 Ramadan 1442 H. Syukur alhamdulillah di atas nikmatnya, diizinkan masih bernyawa. Keadaan Covid-19 agak membimbangkan, lagi-lagi di Selangor yang mencapai 4 angka beberapa hari ini. Berdoa agar bulan Mei ini bertambah baik. Ya Rabb. Berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi ujian ini.

Nisfu syaaban

 Masya Allah, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dipanjangkan usia meltapangkah ke bulan Syaaban, mudah-mudahan sampailah ke bulan Ramadan Menerima buku amalan baru, mudah-mudahan diterima amalan buku lama. Semoga ada kesempatan untuk terus memperbaiki diri. Hampir lima tahun tanpa 'my other half" dan selama itu macam-macam Allah telah tunjukkan belang dan 'true colours' rakan-rakan di pejabatku. Allah Maha Mengetahui. Semoga dengan kurniaan ilmu yang sedikit di dada masing-masing, akhlak dan adab seharusnya dijunjung di antara kita. Begitulah adat manusia, ketika diuji dengan sedikit kekuasaan dan kepandaianya, maka bermaharajalelalah keangkuhan. Tidak pernah terlintas di hati ini, mereka akan berubah 360 dek kerana pangkat dan kuasa. Mungkin sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku, ku doakan yang baik-baik. Seandainya ada di antara kalian yang menganiaya, serahkan segala-galanya kepada Allah, kerana Allah lebih mengetahui. T...

February 2021

 How fast January 2021 flies and today marks the 1st February, the second month of this year. Malaysia is witnessing an increasing numbers of reported daily cases of Covid-19. Selangor has been the champion in numbers of people effected by this virus. It is a worrying trend which forced to the closure of schools and universities. Like it or not, the classes are fully conducted virtually. With daily reported cases which reached almost 5k per day, the concern is our health services especially the frontliner. At the moment, taking care of ourselves is crucial especially if we have to go out to buy groceries and essentials. Oh Covid! May Allah protects us

December2020

 2020 will soon end, masya Allah. How time flies, especially when you forced to quarantine at home to flatten the pandemic, Covid-19. Looking at the the third waves since September 2020, it seems like we have to live with this virus for some time. It is not an easy norm for all of us. If we work together, insya Allah , as jamaah is rahmah. I learned a lot since last year, betrayal from your close office mates! Allah knows best.  Allah is watching us. So don't be afraid. May Allah protects us. 

oktober 2020

 Masya Allah, agak lama tidak singgah blog ini. Kini, Malaysia sedang menghadapi gelombang ketiga covid-19, dan yang paling tidak aku jangkakan, sejak bau bangkai di pejabat aku, November 2019, Allah telah tunjukkan macam-macam di sebalik bau bangkai itu. Firasat aku semasa itu, Ya Allah, sesungguhnya ada benda buruk atau busuk sedang berlaku di pejabat ini. Allahurabbi. Tak perlu diceritakan di sini. Cuma ianya sepertimana yang hadir dalam mimpiku. Andainya berlaku, aku seharusnya bertenang. semuanya keduniaan, berebutkan kuasa, kedudukan, panggilan Professor Madya hingga mengenepikan silaturahim. Ya Rabbi, aku berserah kepada Mu, andainya benarlah mereka telah menganiaya aku, Allah sahaja tempatku mengadu. Kini hampir November, 2020. Syukur di atas ujian hebat ini. Tiada apa yang lebih aku dampakan, hanyalah redha Mu, ya rabb. 

Pecutan Akhir ramadan 1441 H

Allahurabbi, cepat sungguh masa berlalu, dari Mac 2020, kini menghampiri akhir Mei 2020, berbaki lima hari Ramadan al mubarak. tanpa disedari, ianya berlalu pergi bagaikan kilat. Berbeza benar ramadan kali ini, seumur hidup, duduk di rumah menghayati waktu yang ada dengan amal ibadah yang ada. Moga diterima amal ibadahnya. Raya kali ini tidak seperti selalu, hakikatnya sejak 4 syawal yang lalu, syawal disambut biasa-biasa saja sejak arwah tiada. Lebih menyedihkan ziarah kubur mungkin tiada tahun ini.  Semuanya daripada kejauhan. Mendoakan yang baik2 buat yang masih hidup mahupun yang telah tiada. Empat tahun berlalu, macam2 berlaku. Hanya Allah Maha Mengetahui.

1 May 2020- still in Restricted Movement Order

As expected, the government extended the restricted movement order until 14th May 2020. The numbers of new cases effected by Covid-19 is still two digits and it plumped into three digits in one of the days. Whether we like it or not, we are going to live with the virus until there is vaccine to eliminate the virus. Keep on doa and praying to Allah, it is a test for all of us. As we are in the middle of Ramadan, it is a bless to still be alive and focus on Ramadan. May Allah accepts our good deeds and forgive our mistakes. Trying to forget all the sad thing happened in November 2019, forgiven but not forgotten!

Sweet Memories Legoland, London

The kids miss the football! Stay at home for your own safety!

Restricted Movement Order

Masya Allah, Tabarakallah, subhanallah, kini terjawab segala debaran tak sedap hati sejak Februari 2020 tempoh hari, apabila virus Covid 19 mengganas dan Malaysia mengalami gelombang kedua. Allah2. Ketika gelombang pertama pun hati ini tidak keruan, terbayang2 pengalaman lalu, apabila anak terkena wabak H1N1 yang melanda Malaysia pada 2009. Masya Allah, dengan izin Nya, anak itu sembuh selepas hampir enam hari di Hospital Ampang ditemani Babanya. Ketika itu, adiknya masih kecil dan menyusu badan, maka harus dikuarantin daripada orang lain. Bukan mudah cabaran yang dilalui masa itu, syukur alhamdulillah, dengan sokongan kuat ahli keluarga, keadaan kembali normal. Ditangguhkan juga kehadiran graduasi PhD di United Kingdom pada 2009 kerana diri ini mengalami kelahiran anak secara pembedahan, merupakan pengalaman pertama untuk diri ini, siapalah sangka anak ketiga akan keluar mengikut tingkap. Dengan kepimpinan yang baru di bawah Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan, aku...

Kekuasaan bukannya kemuliaan tapi tanggungjawab

Allahurabbi, ketika Malaysia negara tanah air tercinta dilanda dengan krisis politik, kepimpinan Perdana Menteri menjadi tanda tanya sehingga menyaksikan campur tangan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara, disangka hanya krisis politik sahaja yang berlaku, rupanya, krisis orang berilmu pun terjadi. Menyaksikan krisis kepimpinan orang berilmu yang mempunyai kelulusan PhD, sungguh menginsafi diri ini, betapa manusia bisa berubah apabila diberi kuasa dan gelaran. Moga dijauhkan sifat-sifat mazmumah ini. Kepada Mu, ya Rabb aku berdoa, ketika jahil macam ujian-ujian, orang berilmu, lagi besar ujian. Soalnya hati dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan. Sungguh kecewa melihat apa yang berlaku, namun demi menjaga silaturahim, ku diam dan pendamkan sahaja sebuah duka. Ketika dunia dilanda wabak Corona 19 ini, perbanyakkanlah doa, zikir dan tasbih kepada Nya, apatah lagi kini berada di bulan Rejab yang mulia....

Tahun 2020

Masya Allah, subhanallah, syukur alhamdulillah, menjejakkan kaki ke tahun 2020. Hari ini 20.1.2020 baru berkesempatan menukilkan secara ringkas, 20 hari pertama Januari, syukur ke hadrat Ilahi, masih teringat suatu masa dahulu, sekitar 2004, mengisi belanjawan perancangan keluarga untuk tahun-tahun seterusnya, dirasakan panjang nya masa untuk sampai ke tahun 2020. Kita mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Allah lebih menyayangi Imamku apabila tiba masanya untuk ke alam lain, sekitar 2016. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kita merancang, perancangan Allah yang terbaik. Syukur ke hadratnya, melihat cara dan bagaimana suami ku pergi, memberikan ketenangan bagiku. Perginya penuh dengan husnul khatimah, pada malam Jumaat selepas mengalami kesakitan di perut. Moga diri ini pergi dengan baik, husnul khatimah. Usaha ke arah kebaikan bukannya mudah, moga istiqamah hendaknya.

Sahabat

Kadangkala apa yang berlaku ada hikmahnya, baru kita kenal, mana satu kawan yang boleh dianggap sebenar-benar sahabat sehingga ke syurga, mana sahabat yang menempel ketika kita senang sahaja, rupa-rupanya untuk kepentingan diri mereka semata-mata. Terima kasih sahabat, banyak yang dipelajari akan erti persahabatan pada bulan akhir 2019, sebelum melangkah 2020. Sungguh dalam persahabatan, keikhlasan itu penting, namun semakin lama semakin terserlah 'kepentingan diri' diutamakan daripada persahabatan. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.